Saturday, 5 October 2013

Pengalaman Dijadikan Iktibar

Tahukah anda, setiap pembikinan filem atau drama yang ditayangkan adalah diambil daripada pengalaman dan kisah yang pernah berlaku kepada seseorang mahupun keluarga sesetengah individu dan kemudiannya ditokok tambah bagi menjadikan jalan cerita tersebut menarik.

Pada mulanya tanggapan saya berkenaan filem dan drama-drama yang ditayangkan adalah cerita yang datangnya dari idea-idea dan kemudian ianya diadaptasikan ke dalam bentuk filem mahupun drama. 
Tanggapan tersebut adalah SALAH setelah ianya berlaku pada diri saya sendiri. Pengalaman ngeri yang telah berlaku kepada diri saya menjadikan saya trauma sehingga kini.

Bagi mereka yang mengenali diri saya, sudah pasti mereka tahu bagaimana karakter saya. Saya seorang yang mudah mesra dengan orang ramai walaupun baru berjumpa. Tidak kira siapa pun mereka, berpangkat mahupun tidak,golongan muda mahupun tua, saya tahu bagaimana untuk menyesuaikan diri didalam apa-apa situasi. Saya adalah seorang yang amat ceria, simple dan sangat menghargai persahabatan.

Didalam kecerian saya, terdapat beberapa orang teman rapat sahaja yang mengetahui pengalamana ngeri yang telah saya lalui. Terdetik hati saya untuk berkongsi pengalaman ngeri saya ini setelah pulang menghadiri Seminar Industri Jutawan bersama Dr. Azizan Osman apabila beliau berkata "Kongsikan pengalaman anda kepada orang lain untuk dimenafaatkan dan dijadikan iktibar."

Pengalaman saya ini terjadi pada tahun 2010, apabila saya ditawarkan oleh salah sebuah Syarikat Korporat untuk bertugas di Kuala Lumpur. Alhamdullilah, pada waktu itu, saya diberi sebuah kondo mewah di sekitar kawasan Wangsa Maju sebagai tempat tinggal. Di awal kehidupan saya di Kuala Lumpur, saya tidak begitu biasa dengan kedai-kedai makan disekitar kawasan tempat tinggal saya. Saya hanya tahu terdapat kedai makan di sekitar Danau Kota,Setapak lalu telah pergi untuk makan malam (supper) di sana. Saya bersama seorang rakan teringin untuk makan Char Keow Teow. Jadi kami telah memilih untuk pergi ke Mali's Corner. Pada waktu itu , Festival Mall masih didalam pembinaan malah tiada anggota keselamatan yang menjaga kawasan tersebut seperti sekarang. Dipendekkan cerita, sebelum pulang kerumah, kami telah singgah ke 7-Eleven untuk membeli keperluan peribadi. Diwaktu itu, saya hanya menunggu didalam kereta sementara menunggu rakan saya membeli barang. Saya yang duduk bersebelahan pemandu , leka mendengar radio tanpa saya sedari enjin kereta tidak dimatikan dan pintu kereta tidak berkunci. Didalam kelekaan tersebut, tiba-tiba seorang lelaki muda yang entah datang dari mana telah masuk kedalam kereta dan duduk di kerusi pemandu dengan keadaan yang tergesa-gesa lalu meminta saya untuk memberi kerjasama....

Ingin megetahui siapakah lelaki tersebut dan apa yang telah berlaku pada saya...? Ikuti sambungan pengalaman ngeri saya di blog yang akan datang.

Pada sesiapa yang ingin mengetahui kisah selanjutnya dan ingin mengeratkan ukwah bersama saya, sila ke FB saya di Bella Amore ataupun add saya di gmail ayunazriayu@gmail.com

Salam buat semua...

aYu / Bella Amore


No comments:

Post a Comment