Saturday, 12 October 2013

Pengalaman Dijadikan Iktibar (episod 5)

Salam buat sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca yang saya hormati, mohon maaf sekiranya episod ke 5 ini telah mengambil masa yang agak lama untuk di keluarkan berikutan tugas-tugas saya sebagai setiausaha di pejabat dan pembantu acar buah "Sister Hommade " yang terlalu sibuk dengan tempahan yang diluar jangkaan, alhamdullilah telah membuatkan saya tidak menang tangan dan membuatkan saya tiada kesempatan untuk menulis blog bagi episod ini dan berikutnya. Harap semua memaafkan saya. Saya mulakan dengan sambungan daripada episod ke 5..... selamat membaca dan jadikan ia sebagai tauladan!

Tingkap kereta diturunkan, kelihatan seorang pemandu lelaki berbangsa india dengan wajah yang agak cemas bertanya kepada saya apakah yang sedang berlaku. Saya yang tidak mampu bercerita panjang hanya berkata saya telah diculik dan meminta lelaki berkenaan menghantar saya ke balai polis yang berdekatan. Lelaki tersebut meminta saya untuk menaiki kenderaannya lalu saya tanpa berlengah menaiki kenderaannya.  Didalam perjalanan tersebut, saya sempat bertanya kepada beliau dimanakah kami berada.Lelaki tersebut menjawab "kita di Saujana Utama". Saya terlihat jam yang berada di dashboard dihadapan kereta telah menunjukkan pukul 4.15 pagi.

Setibanya kami dibalai polis Saujana Utama,saya yang didalam keadaan trauma, telah dipapah masuk ke dalam balai polis. Apa yang melucukan saya, pihak polis yang bertugas pada ketika itu telah mengacukan pistol kearah lelaki india berkenaan kerana mereka beranggapan lelaki india tersebut telah merogol saya. Lelaki tersebut yang amat cemas mengangkat tangannya seperti didalam keadaan "surrender" sambil berkata " saya jumpa ini prempuan itu estet punya ladang..dia serupa itu hantu berdiri itu tengah jalan.. saya hanya tolong hantarkan saja tuan polis! Saya mau kasi rogol ini perempuan..saya sendiri sudah tidak kuat tuan!" (Saya akan ingat ayat lelaki india ini sampai bila-bila). Lelaki india tersebut yang beria-beria cuba menerangkan keadaan sebenar kepada pihak polis meminta saya untuk bersuara dan menerangkan keadaan yang berlaku.

Setelah laporan diambil, saya meminta pihak polis untuk menghubungi rakan yang bersama-sama saya sebelum kejadian berlaku (tuan empunya kereta). Alhamdullilah,  dia yang berada di balai polis Setapak pada ketika itu memberitahu kepada saya dia seperti mahu pengsan apabila diberitahu oleh seorang pekerja 7-Eleven kereta yang saya naiki telah dipandu pergi oleh seorang lelaki. Saya yang tidak berkata banyak, meminta beliau datang mengambil saya di Balai Polis Saujana Utama.

Sementara menunggu rakan saya tiba, polis-polis yang bertugas ketika itu memberitahu saya bahawa terdapat kejadian yang sama telah berlaku pada minggu yang lalu. Tetapi malangnya pelajar perempuan itu dirogol dan dibunuh ditempat yang sama saya ditinggalkan oleh penjenayah terbabit. Saya hanya mampu bersyukur kepada Allah swt kerana telah melindungi saya dari sebarang kejadiaan yang tidak diingini.

Sahabat-sahabat yang hormati, saya memohon beribu-ribu kemaafan, kerana masih tidak dapat menamatkan episod ke 5 ini kerana keadaan masa yang tidak mengizinkan. Inginkah anda tahu bagaimana saya berjumpa kembali penjenayah-penjenayah yang menculik saya pada waktu itu? Ikuti sambungannya didalam episod terakhir pada masa yang terdekat ini.

Salam sayang dari saya buat semua.

Ayu/Bella Amore

No comments:

Post a Comment