Wednesday, 9 October 2013

Pengalaman Dijadikan Iktibar (Episod 4)

Salam wahai sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca yang saya kasihi, terima kasih buat anda semua kerana sudi membaca blog kisah Pengalaman Ngeri yang dilalui oleh saya ini dari episod pertama hingga ketiga. Graph blog saya telah meningkat kepada 1000 lebih pembaca dalam masa 4 hari. Terima kasih sekali lagi kerana anda semua sudi membaca blog ini. Saya percaya kisah Pengalaman Ngeri yang dilalui oleh saya ini, dapat membantu anda semua bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang kepada diri anda sendiri mahupun orang-orang yang anda sayangi. Jadikan ia sebagai tauladan dan yang pasti sehingga kini masih terdapat ibu bapa atau diri kita sendiri yang masih meninggalkan anak-anak didalam kenderaan tanpa mengunci malah jauh sekali untuk menitik beratkan keselamatan sewaktu didalam mahupun diluar kenderaan.

Sambungan dari episod ketiga....

Perjalanan yang memakan masa selama 1 jam, akhirnya berhenti disuatu tempat yang saya sendiri tidak tahu dimana. Saya ditarik keluar dari kenderaan yang saya naiki dan kemudiannya saya diheret dengan tangan yang berikat dan mata yang ditutup. Saya dapat rasakan langkah saya berpijak diatas batu-batu halus dan rumput-rampai setinggi betis. Setelah 10 minit berjalan dengan tangan dan mata terikat, akhirnya ikatan tersebut dibuka. Alangkah terkejutnya saya apabila disekeliling saya hanya terdapat pokok-pokok kelapa sawit, hutan rimba dan suasana yang sunyi sepi. Keadaan yang hanya mempunyai samar-samar cahaya dari bulan membuatkan saya berbisik dihati "Mungkin nasib saya akan sama seperti Altantuya dan malam ini mungkin malam terakhir aku melihat dunia."

Salah seorang daripada dua penjenayah terbabit telah meletakkan pedang dibahagian perut saya dan memaksa saya untuk membuka pakaian saya. Dengan keadaan yang terpaksa, saya akur dengan arahan mereka.Salah seorang daripada penjenayah terbabit memberitahu kepada rakannya.."kita  #&$?! (18SG above) pastu kita bunuh jer la!." Saya yang hanya mampu berdoa memohon pertolongan daripada Allah, hanya menanggis dan mengharapkan penjenayah terbabit untuk tidak mengapa-apakan saya.  Saya yang pada waktu itu membuka butang baju cuba merayu kepada penjenayah terbabit supaya melepaskan saya. Saya sempat memberitahu mereka sekiranya mereka mahu @%&#?! (18SG above) saya, saya akan relakan tetapi saya sedang datang bulan (haid). Selesai saya membuka butang baju yang terakhir, penjenayah terbabit mengarahkan saya untuk melutut ke tanah. Saya menuruti arahan mereka dan salah seorang daripada penjenayah terbabit memberi amaran kepada saya supaya tidak berganjak dari tempat saya berlutut dan tidak cuba melarikan diri. Saya yang hanya menuruti segala arahan mereka melihat kedua-dua mereka telah berjalan menuju kearah yang saya sendiri tidak pasti. Saya ditinggalkan keseorangan didalam ladang kelapa sawit tersebut. Apabila penjenayah terbabit semakin jauh meninggalkan saya, dengan keadaan kelam kabut saya mencapai baju yang telah dibuka dan berlari kearah hutan berhampiran. Didalam hutan berserta semak samun yang tebal, saya bersembunyi dengan membaringkan diri ketanah dengan harapan mereka tidak dapat mencari saya. Diketika itu, tiada lagi perasaan takut pada hantu, binatang-binatang buas, ular atau sebagainya.

Beberapa minit kemudian, saya terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh dikawasan berhampiran. Apa yang dapat saya dengar hanyalah "Oiiii! perempuan tu dah lari! Sial!!." Saya pada ketika itu hanya mampu bertawakal dan memohon supaya mereka tidak dapat mencari saya. Lebih kurang 8 minit, keadaan bising menjadi sunyi sepi. Saya terdengar enjin kereta dihidupkan dan berlalu pergi. Saya yang masih terbaring didalam semak samun itu akhirnya merangkak keluar secara perlahan-lahan. Melihat keadaan sekeliling yang saya rasa sudah selamat, akhirnya saya mencari jalan utama (jalan besar) untuk meminta bantuan. Alhamdulillah, saya sampai ke jalan besar. Malangnya, tiada satu kenderaan pun yang lalu lalang disitu. Kiri kanan saya hanyalah ladang kelapa sawit. Saya bertekad untuk berjalan mencari rumah-rumah atau kampung-kampung terdekat. Saya masih tidak dapat angarkan jam berapa waktu itu.

Setelah hampir setengah jam berjalan, akhirnya saya terlihat samar-samar lampu dari arah bertentangan. Saya bersyukur kerana ada sebuah kenderaan yang menggunakan laluan itu. Saya yang bertekad berdiri ditengah jalan raya, melambai-lambaikan tangan untuk menahan kenderaan tersebut berhenti. Kenderaan yang dipandu tidaklah begitu laju cuba mengelak dari melanggar saya dan kelihatan seperti kenderaan tersebut tidak mahu memberhentikan kenderaanya, saya cuba menjerit sekuat hati meminta tolong dan akhirnya kenderaan tersebut berhenti tidak jauh dari tempat saya berdiri. Saya berlari menuju ke kenderaan tersebut dan saya dapati pemandu tersebut adalah.......

Para sahabat yang saya kasihi, saya memohon ampun dan maaf kerana tidak dapat menghabiskan kisah Pengalaman Ngeri saya didalam blog ke 4 ini oleh kerana tugasan saya dipejabat terlalu banyak. Ingin tahu siapakah pemandu kenderaan tersebut, nantikan sambungan kisah Pengalaman Ngeri saya ini di episod ke 5. Mohon ampun dan maaf dari saya untuk semua.

Kepada sesiapa yang ingin mengenali dan menjalinkan ukwah bersama saya atau berkongsi pengalaman, sila lah ke FB saya di Bella Amore atau emailkan kepada saya di ayunazriayu@gmail.com.

Salam.









No comments:

Post a Comment