Sunday, 6 October 2013

Pengalaman Dijadikan Iktibar (Episod 3)

Salam sayang buat semua pembaca dan sahabat-sahabat sekalian. Sebelum saya menyambung kisah pengalaman ngeri yang saya lalui buat semua, terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya penggunaan bahasa dan ayat didalam cerita saya ini tidak sama seperti penulis termuka yang ada di Malaysia. Saya hanya menggunakan ayat "kampung" supaya penyampaian cerita mudah difahami dan diterima oleh semua pembaca.

Sambungan daripada episod kedua...

Setelah lebih kurang 45minit perjalanan yang saya sendiri tidak tahu hala tujuannya, saya terasa seperti kenderaan yang saya naiki memasuki sebuah rumah kedai. Saya tidak begitu pasti kerana waktu itu mata saya diikat dengan sehelai kain. Saya hanya dapat mendengar "shuttle door" di buka dan di tutup. Sewaktu di dalam rumah kedai berkenaan, saya tidak dibenarkan untuk keluar dari kenderaan tetapi saya boleh menganggarkan terdapat lebih kurang 10 hingga ke 15 orang pemuda yang berada didalam rumah kedai ketika itu berikutan suara gelak tawa dan sorak-sorai yang agak kuat. Saya yang sewaktu itu hanya duduk menunduk dibahagian kaki tempat duduk belakang hanya mampu melihat dari celah-celah kain yang diikat dibahagian mata kerana kain yang diikat tidaklah begitu ketat. Kelihatan penjenayah terbabit sedang sibuk mengeluarkan barang-barang berharga dari kereta sahabat saya.  Masa yang diambil tidak begitu lama hanya lebih kurang 15 minit sahaja. Selesai kerja-kerja mengeluarkan barang dilakukan, saya bersama-sama 3 orang penjenayah tersebut meninggalkan rumah kedai berkenaan dengan kenderaan yang sama. Tetapi kali ini penjenayah lain pula yang menjaga saya dibahagian tempat duduk belakang. Semasa perjalanan yang saya tidak tahu hala tujunya, penjenayah yang menjaga saya sempat membuka ikatan mata saya. Saya dapat lihat wajah penjenayah terbabit. Heyy! not so bad... hihihi...(sempat lagiii - To my syg, sorry erk :p). Penjenayah tersebut sempat berbisik ke telinga saya dan menasihati saya supaya tidak melawan apa yang ketua mereka arahkan dan disepanjang perjalanan itu jugalah dia memegang tangan saya supaya bertenang. Saya masih ingat kata-kata dia "Jangan takut, kalau awak tak melawan.. tiada apa-apa yang akan berlaku". Dia sungguh-sungguh menyakinkan saya. Saya percaya dia seorang yang baik tetapi mungkin disebabkan keadaan memaksa dia untuk melakukan kegiatan sebegitu.

Setelah setengah jam perjalanan, mata saya kembali diikat. Kali ini saya dapat rasakan mereka membawa saya ke suatu tempat tetapi kedengaran seperti sebuah bengkel kereta. Wallahualam, saya kurang pasti. Sebelum kenderaan yang saya naiki berhenti, penjenayah yang menjaga saya ditempat duduk belakang, berbisik mengatakan dia terpaksa pergi dan ada orang lain yang akan mengantikan tempat dia untuk menjaga saya. Dia mengingatkan saya berkali-kali  untuk tidak sama sekali melawan. Saya sempat menarik tangan penjenayah tersebut supaya tidak meninggalkan saya tetapi rayuan saya tidak diendahkan. Malah ketua mereka yang terdengar perbualan kami telah bertindak menumbuk dibahagian muka saya. Waktu itu, tiada lagi kenal erti sakit kecuali rasa takut.

Ketiga-ketiga penjenayah yang mula-mula melarikan saya, telah keluar dari kenderaan yang saya naiki dan digantikan oleh 2 penjenayah yang lain. Kali ini, seorang memandu dan seorang lagi menjaga saya di bahagian belakang. Sepanjang perjalanan, penjenayah yang menjaga saya, telah mengambil kesempatan dengan cuba meraba seluruh bahagian  badan saya. Saya yang cuba melawan ditampar dan diugut untuk dibunuh. Apa yang boleh saya lakukan ketika itu, hanya berserah kepada Allah. Bibir saya tidak henti-henti membacakan surah-surah Al-Quran yang saya ingat sehingga penjenayah yang menjaga saya dibahagian belakang mentertawakan saya dan berkata " Haaa! Dah kena macamni, baru kau ingat Tuhan! Baru reti nak baca ayat-ayat Al-Quran!"  Saya yang tidak mengendahkan kata-kata penjenayah tersebut teruskan membaca.

Perjalanan yang diambil kali ini terasa lebih jauh berbanding sebelum ini. Hati saya mula berdebar-debar, bercampur takut dan tertanya-tanya kemanakah tempat yang mereka ingin bawa saya pergi? Sahabat-sahabat sekalian ingin tahu kemana saya dibawa? Tunggu untuk episod ke 4.

Kepada sesiapa yang ingin mengeratkan ukwah dan berkongsi pengalaman bersama saya, sila lah ke FB saya di Bella Amore atau email saya di ayunazriayu@gmail.com.

Salam.

aYu / Bella Amore

   













No comments:

Post a Comment