Salam hujung minggu buat sahabat-sahabat sekalian! Pasti ramai yang tidak sabar dan ingin mengetahui kisah selanjutnya mengenai pengalaman ngeri yang telah saya alami. Untuk pegetahuan sahabat-sahabat sekalian, pengalaman ngeri ini saya akan kongsikan bersama anda secara berperingakat-peringkat. Ianya terlalu panjang untuk ditulis dan ini akan menyebabkan anda akan jemu untuk membacanya.Sebelum saya menyambung pengalaman ngeri yang saya alami, saya mohon pada semua untuk berkongsi cerita ini pada keluarga, isteri, saudara-mara, rakan-rakan mahupun orang ramai diluar sana. Sekurang-kurangnya selepas ini, kita semua akan lebih berhati-hati dan mencegah dari perkara-perkara buruk yang berlaku.Nauzubillah Minzalik. Bak kata orang lama-lama dahulu "Yang Baik Dijadikan Tauladan Dan Yang Buruk Dijadikan Sempadan."
Sambungan pengalaman ngeri yang terjadi pada saya..
Saya yang didalam keadaan terperanjat apabila melihat lelaki muda tersebut yang tiba-tiba duduk di bahagian pemandu, cuba menyelamatkan diri. Tapi malangnya, ikatan tali pinggang keledar yang saya pakai telah menyekat saya untuk keluar dari kereta tersebut. Pada waktu itu saya sempat menjerit meminta tolong. Malangnya tiada siapa yang mendengar jeritan saya. Saya ditarik dan di tampar oleh lelaki berkenaan dan akhirnya saya terpaksa akur dan mengikut arahan yang diminta. Saya bersama kereta sahabat saya dibawa lari ke tempat yang saya sendiri tidak tahu hala tujuannya. Saya bertekad untuk terjun dari kereta tersebut tetapi kereta yang dipandu sangat laju. Sepanjang perjalanan tersebut, saya merayu kepada pemuda tersebut untuk dilepaskan. Saya menawarkan kepada lelaki tersebut untuk mengambil barangan berharga yang ada pada saya sewaktu itu seperti handphone,emas,duit dan kereta dengan harapan dia dapat melepaskan saya. Malangnya tawaran saya tidak dipedulikan. Sehingga kini wajah lelaki berkenaan masih terbayang-terbayang dimata saya dan diwaktu saya menulis blog ini, seluruh badan saya mengeletar kerana kejadian yang berlaku terasa seperti semalam.
Selepas 2 kilometer perjalanan, akhirnya lelaki berkenaan memberhentikan kenderaan tersebut di tepi jalan. Saya sangkakan lelaki tersebut ingin melepaskan saya tetapi sangkaan saya salah apabila dibelakang kenderaan kami terdapat sebuah lagi kenderaan lain yang mengikuti kami dari arah belakang. Dari cermin sisi saya melihat 2 orang pemuda menuju kearah kenderaan saya dengan membawa pedang samurai. Ya Allah, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. 2 lelaki terbabit membuka pintu kenderaan yang saya naiki dan mengarahkan saya untuk berpindah ke kerusi belakang. Mereka memaksa saya untuk duduk dibawah tempat kaki secara menunduk. Lelaki yang mula-mula memandu kenderaan tersebut telah berpindah menjaga saya dibelakang dan 2 orang yang membawa pedang samurai tersebut duduk dibahagian hadapan. Yang mana salah seorang daripada mereka memandu. Sepanjang perjalanan, pedang samurai yang mereka bawa telah diletakkan di leher saya. Saya yang tidak dibenarkan untuk membuka mulut, ditampar dan ditumbuk beberapa kali. Walaupun begitu, saya tidak henti-henti merayu kepada mereka untuk memberhentikan saya dimana-mana kawasan supaya dilepaskan. Mereka tidak mengendahkan rayuan saya lalu menumbuk saya tanpa belas kasihan. Sepanjang perjalanan yang saya sendiri tidak tahu hala tujuan, handbag saya yang telah dirampas oleh mereka diselongkar. Mereka mengeluarkan handphone saya dan membuang simcard supaya polis tidak dapat mengesan pegerakkan mereka. Sepanjang perjalanan itu juga, saya mendengar perbualan mereka dimana salah seorang daripada mereka adalah ketua kumpulan penjenayah terbabit. Mereka telah membahasakan ketua mereka dengan panggilan "Tuan". Salah seorang daripada penjenayah terbabit, bertanya kepada ketua mereka dimanakah saya perlu di campakkan (ditinggalkan). Ketua mereka menjawab "Kita tinggalkan mayat perempuan ini dekat Nilai, kawasan kelapa sawit!" Bila saya dengar kata-kata itu, terbayang dimata saya cara kekejaman mereka membunuh dan mencampakkan mayat saya didalam kawasan kelapa sawit. Saya mula menanggis sambil merayu supaya dilepaskan dan tidak mengapa-apakan saya. Pada waktu itulah, semua wajah dan orang yang saya sayangi terbayang di mata. Memang tidak dapat bayangkan sekiranya saya mati didalam keadaan sebegitu rupa.
Ketua penjenayah meminta rakannya yang menjaga saya di kerusi belakang untuk menutup mata saya dengan kain yang ada. Saya mula rasai nyawa saya sewaktu itu akan tiba dipenghujung. Waktu itu, barulah saya sedar tiada siapa yang dapat menyelamatkan saya pada waktu itu kecuali Allah yang Maha Esa... Dibibir saya tidak henti-henti membaca ayat Kursi dan Al-Fatihah. Alhamdullilah, selepas saya membacakan ayat-ayat tersebut hati saya berasa cukup tenang dan tiada lagi airmata ketakutan mengalir. Saya mulai redha dengan apa yang berlaku dan sekiranya saya mati didalam keadaan sebegitu, saya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Pada dalam waktu yang sama, saya memohon ampun kepada Allah kerana selama saya hidup di muka bumi ini, saya sentiasa melakukan dosa dan melakukan segala laranganNYA. Terasa saya akan mati didalam keadaan yang hina.
Wahai sahabat-sahabat yang saya sayangi, untuk mengetahui apakah yang akan terjadi pada diri saya dan apakah yang menyebabkan diri saya terselamat,ikuti sambungan Pengalaman Ngeri saya ini di blog saya yang seterusnya.
Kepada sesiapa yang ingin mengeratkan ukwah bersama saya, sila ke Facebook saya di Bella Amore atau email saya di ayunazriayu@gmail.com . Saya mohon kepada anda yang membaca untuk kongsikan kisah saya ini kepada saudara-mara, keluarga, sahabat handai dan semua untuk ianya dijadikan iktibar.
Salam hujung minggu.
aYu / Bella Amore
No comments:
Post a Comment