Sambungan daripada episod 5.......
Bulan 10 pada tahun yang sama, saya telah menerima panggilan daripada pihak polis dan mereka mengatakan penjenayah dan kereta yang disamun telah pun ditemui di sekitar kawasan Shah Alam. Alhamdullilah, selepas saya menerima panggilan tersebut saya bersujud syukur kerana penjenayah terbabit berjaya ditangkap. Pihak polis meminta saya untuk hadir ke balai polis,Kepong untuk membuat pengecaman. Saya sempat bertanya kepada inspektor berkenaan adakah kesemua penjenayah telah berjaya ditangkap. Inspektor berkenaan memberitahu kepada saya bahawa kumpulan penjenayah terbabit mempunyai ramai ahli kumpulan dimana masih lagi terdapat saki-baki penjenayah yang masih berkeliaran dan pada ketika itu mereka masih didalam permerhatiaan pihak polis.
Keesokan harinya, saya hadir ke balai polis yang dinyatakan dan berjumpa bersama inspektor yang menghubungi saya. Inspektor berkenaan menerangkan kepada saya prosedur-prosedur yang perlu dilakukan semasa pengecaman. Apa yang paling memeranjatkan saya, sewaktu melakukan pengecaman saya tidak berada didalam bilik khas tetapi saya dikehendaki berdiri dihadapan penjenayah-penjenayah seramai 15 orang yang sewaktu itu berbagai-bagai jenis bangsa yang ada didalam penjara tesebut. saya juga diminta untuk memegang bahu penjenayah yang di suspek bagi kerja-kerja pembuktian dan akuan sah daripada pihak saksi. Saya pada ketika itu meminta pihak polis membatalkan kawat pengecaman tersebut kerana khuatir akan keselamatan diri saya. Pihak polis yang bersama-sama saya pada waktu itu, cuba menenangkan saya dengan berjanji keselamatan saya akan dijaga oleh pihak polis sewaktu kawat pengecaman dilakukan.Apa yang membimbangkan saya, adalah keselamatan diri saya selepas keluar dari kawasan balai polis dimana saki baki ahli penjenayah terbabit masih berkeliaran dimerata-rata tempat. Pada waktu itu, pelbagai jenis andaian bermain difikiran saya.
Dengan hati yang berat, saya menuruti arahan pihak polis untuk melakukan pengecaman tersebut. Saya yang dibawa masuk didalam bilik pengecaman, terlihat 15 orang penjenayah sedang berbaris memanjang didalam bilik besi. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya yang tidak menutup wajah dengan sebarang "mask" (topeng) cuba menenangkan perasaan dan melihat satu persatu wajah penjenayah yang dibawa masuk. Kesemua penjenayah memandang kearah saya dengan wajah yang mengerikan. Daripada 15 orang penjenayah yang dibawa masuk, salah satunya adalah penjenayah yang mula-mula menculik saya (ketika di Danau Kota, Setapak). Saya diarah untuk mengesahkan secara lisan dan mendekati penjenayah yang tertuduh dengan memegang bahunya sebagai bukti daripada pihak saksi dan sewaktu proses pengecaman berlangsung segala-galanya direkodkan. Penjenayah yang dituduh telah memandang ke wajah saya dengan perasaan dendam dan pada ketika itulah saya telah ingkar untuk mengikut arahan pihak polis bagi memegang bahu penjenayah terbabit. Saya merayu kepada pihak polis supaya sessi pengesahan sentuh tidak dibuat oleh kerana keadaan dan kestabilan perasaan saya tidak mengizinkan. Saya yang terlalu takut pada ketika itu, terasa seperti mahu pengsan. Pihak polis berkali-kali memujuk saya untuk melakukan sessi pengesahan sentuh kerana menurut mereka, sessi pengesahan sentuh adalah pengesahan yang penting bagi proses pembuktian semasa kes dibawa ke Mahkamah kelak. Setelah beberapa kali dipujuk, saya tetap berdegil dan enggan melakukan sessi tersebut kerana terlalu bimbang akan keselamatan saya. Akhirnya pihak polis akur dengan keputusan yang dibuat oleh saya.
Saya yang menyangkakan kawat pengecaman yang dilakukan telah tamat tetapi sangkaan saya meleset apabila saya diminta untuk membuat pengecaman untuk kali kedua. Bagi pengecaman yang kedua, saya diminta untuk melakukan proses yang sama seperti sessi yang pertama tetapi pengecaman ini adalah bagi mengecam penjenayah yang kedua. Saya bersetuju untuk melakukan proses pengecaman untuk kali kedua tetapi saya telah memberi syarat kepada pihak polis untuk tidak mengadakan sessi pengecaman sentuh. Setelah rundingan dibuat, saya dibawa kembali masuk kedalam bilik pengecaman. Kali ini, penjenayah lain seramai 15 orang dihadapkan dihadapan saya. Penjenayah bagi sessi kedua ini amat menakutkan dengan wajah penjenayah yang mempunyai kesan luka, darah,parut,benggis dan bertatu. Saya yang mengeletar pada waktu itu, telah terpandang salah seorang penjenayah yang terlibat dalam kes penculikkan saya tetapi disebabkan ketakutan menguasai perasaan saya, saya tidak melakukan sebarang pengesahan. Saya memberitahu pihak polis, bagi sessi kedua pengecaman, tiada seorang penjenayah pun dapat disahkan walhal ketika itu, penjenayah terbabit ada didalam barisan tersebut.
Selesai sessi pengecaman, keterangan saya diambil oleh pihak polis dan saya dibawa kekawasan penyimpanan kereta-kereta panas dimana kereta sahabat saya yang di rompak juga berada disitu. Kereta sport mewah yang baru dibeli, telah hancur dan rosak. Kami redha dengan apa yang berlaku dan yang penting saya telah selamat.
Dua bulan selepas kawat kecam dilakukan, saya di panggil oleh pihak Mahkamah untuk hadir menjadi saksi kepada kes jenayah yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah yang ditangkap, tetapi saya telah tidak menghadirkan diri berikutan pada ketika itu saya berada di luar negara. Pada awal tahun ini, saya ada terbaca didalam akhbar, penjenayah dari kumpulan yang sama (saya tidak boleh sebutkan nama kumpulan ini kerana khuatir akan keselamatan saya) telah melakukan rompakan disatu negeri didalam Malaysia, dan untuk makluman semua, kumpulan ini masih wujud dan masih melakukan pelbagai jenis jenayah.
Nasihat saya kepada semua, titik beratkanlah keselamatan dan orang-orang tersayang walau dimana anda semua berada. Dunia hari ini atau dimana-mana sahaja, taraf kehidupan dan kos pembiayaan hidup semakin tinggi dan semakin tinggi taraf kehidupan semakin tinggilah juga jenayah yang berlaku. Jadi pada anda semua, saya doakan kita semua dilindungi olehNYA dan akhir kata terima kasih pada sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca semua kerana sudi membaca coretan kisah benar yang diambil dari Pengalaman saya sendiri dan jadikanlah pengalaman ini sebagai satu tauladan buat semua. Inshaallah, semoga berjumpa lagi di blog yang akan datang dengan tajuk yang baru dan Demi Allah, saya sayang anda semua.... Assalamualaikum.
Doa Mohon Dilindungi Dari Segala Musibah
Allahumma inni a'uudzu bika min munkaraatil akhlaaqi,wal 'a'maali, wal 'ahwaa-i wal wal 'adwaa-i
"Ya Allah! Aku memohon perlindungan dari segala tingkah laku yang tidak baik, dari segala tindak perbuatan yang tidak baik, dari segala nafsu yang tidak baik, dari segala macam penyakit yang berbahaya."
Ayu / Bella Amore